Home > Uncategorized > Sejarah Kedatangan Pelajar Perubatan

Sejarah Kedatangan Pelajar Perubatan

Kedatangan pelajar perubatan buat pertama kalinya di bumi Zagazig pada tahun 2006 menunjukkan bahawa bidang perubatan Mesir semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Ini berikutan juga dengan kursus perubatan merupakan antara kemahiran yang sangat diperlukan oleh negara kita.

Pada tahun 2006, Fakulti Perubatan Universiti Zagazig telah menerima seramai 47 orang pelajar Malaysia hasil perbincangan MOU pihak Kedutaan Malaysia bersama pihak universiti. Kedatangan batch pertama ini melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, menerusi Yayasan Kerajaan Negeri dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Berikutan dengan itu pihak universiti telah menyediakan keperluan pengajaran & pembelajaran yang secukupnya seperti tenaga pengajar, buku-buku silibus, peralatan eksperimen, bahan ujikaji, kelas kuliah, makmal, muzium dan sebagainya. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif. Pada awal semester kedua, kerana terdapat sedikit masalah dari segi pengurusan fail, terdapat sebilangan pelajar berpindah ke universiti lain menjadikan jumlah akhir batch 2006/07 seramai 38 orang. Pengurusan kedatangan pelajar baru ini diuruskan dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (pada masa itu dikenali sebagai Badan Kebajikan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig

Pada tahun 2007 tiada kemasukan baru, manakala pada tahun 2008, pihak universiti sekali lagi dengan tangan terbuka menerima pelajar Malaysia dalam bidang perubatan ke universiti mereka. Dengan kedatangan yang seramai 159 orang (2 sesi kedatangan; Oktober 2008 & Januari 2009) menunjukkan bahawa universiti ini turut menjadi pilihan pelajar-pelajar yang mahu menyambung pelajaran mereka dalam bidang perubatan. Batch kedua ini memperolehi 3 kelas; Kelas A & B yang merupakan sesi kedatangan Oktober 2008, manakala Kelas C, terdiri daripada pelajar kedatangan sesi Jan 2009. Kedua-dua sesi ini mempunyai silibus yang sama tetapi ada sedikit perbezaan dari tarikh peperiksaan akhir tahun mereka. Kelas A & B mengikuti peperiksaan bulan 5 (Dur Awwal) , manakala Kelas C mengikuti peperiksaan bulan 9 (bersama-sama pelajar yang terpaksa mengikuti Dur Thani). Pada pertengahan tahun 2009, seramai 8 orang pelajar telah pulang ke Malaysia kerana telah mendapat tawaran pengajian beserta tajaan ke tempat lain.

Sehingga kini jumlah pelajar perubatan Zagazig seramai 188 orang dan jumlah ini akan meningkat dari tahun ke tahun.

Tinggalkan komen anda