Home > Uncategorized > Sejarah Kedatangan Pelajar Pengajian Islam

Sejarah Kedatangan Pelajar Pengajian Islam

Bumi Syarqiah ataupun lebih dikenali dengan nama ibu negerinya Zaqaziq telah mula menerima pelajar Malaysia bagi fakulti pengajian Islam di Universiti Al Azhar sejak dari tahun 1993. Rombongan tersebut terdiri daripada 41 orang pelajar.

Lama kelamaan, bilangan penuntut Malaysia yang berada di bumi Zaqaziq ini bertambah dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Universiti Al Azhar cawangan Zaqaziq menawarkan 2 bidang dalam fakulti pengajian Islam iaitu Usuluddin dan Dakwah dan juga jurusan Bahasa Arab. Selain itu terdapat satu lagi bidang yang terdapat di bumi syarqiah ini iaitu Syariah Islamiah yang terdapat di satu lagi cawangan Universiti Al Azhar yang terletak di Tafhana Ashraf yang terletak di dalam daerah Daqilyyah, namun pelajar-pelajarnya bernaung di bawah Zagazig kerana lebih dekat.

Pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sini kebanyakannya bermukim di sekitar Zaqaziq iaitu di kawasan Salam, Mauqif Mansurah, Kafr Zend, Qaumiah dan Mauqif Tanta Qadeem. Kawasan-kawasan ini dijadikan perkampungan mahasiswa atau dikenali sebagai Kamsis.

Sehingga sesi pengajian 2008/2009, jumlah keseluruhan pelajar Pengajian Islam yang berada di bumi Zaqaziq sudah mencecah angka 160 orang yang mana terdiri dari seluruh fakulti Pengajian Islam. Daripada jumlah 160 tersebut, 52 daripadanya adalah dari fakulti Usuluddin, 55 daripada fakulti Bahasa Arab dan 53 orang adalah daripada fakulti Syariah Islamiyah.

Pelajar-pelajar yang ingin meneruskan pengajian di Universiti Al Azhar perlulah mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan memperoleh sekurang-kurangnya keputusan lulus bagi setiap mata pelajaran yang di ambil. Jumlah tahun pengajian bagi pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti Al Azhar adalah selama 4 tahun.

Tinggalkan komen anda