Panduan Lengkap Permohonan Biasiswa / Pinjaman / Zakat

PANDUAN LENGKAP
UNTUK MEMOHON
BIASISWA/PINJAMAN/ZAKAT

UNIT INFORMASI, BIRO KEBAJIKAN PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG

Artikel ini adalah sekadar penyampai maklumat khususnya kepada mahasiswa PERUBATAN Cawangan Zagazig dan amnya kepada semua pelayar maya.Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan permohonan,perincian cara permohanan dan prosedur permohonan.Segala pertanyaan terperinci berkaitan agensi kerajaan,pusat zakat  dan yayasan negeri hendaklah ditujukan kepada pihak berkenaan secara terus.Kami hanya membuat artikel ini untuk memberi panduan dan informasi berkenaan biasiswa & tajaan yang boleh dipohon oleh mereka yang layak.Terima kasih .

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Tarikh permohonan dibuka:
Sesi Pertama: 1 Februari
Sesi Kedua: 1 Julai

Tarikh permohonan ditutup:
Sesi Pertama: 1 Mac
Sesi Kedua: 1 Ogos

Konsep pinjaman
Cost-Sharing (JPA membiayai yuran pengajian sahaja)
* Lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri

Jenis Pinjaman

  • Pinjaman Khas Perubatan RM250,000.00

- Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang kritikal (bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi)
– Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman tersebut sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jayanya.

  • Pinjaman Biasa RM200,000.00

- Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang keutamaan (Sains veterinar,Kejuruteraan,Senibina,Perakaunan) dan bidang-bidang lain (Ekonomi, Undang-undang, komunikasi, kewangan, perbankan)

- Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Cara memohon
Langkah 1 > Dibuat secara online di Portal JPA (www.jpa.gov.my)
Langkah 2 > Penghantaran dokumen-dokumen sokongan secara pos ke alamat JPA selewat-lewatnya 10 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Aras 5, Blok C1, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 Putrajaya

(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
Tel :03-8885 3436 / 3892 / Faks :03-8889 2172 / E-mail : pinjaman.yuran@jpa.gov.my

Syarat memohon

  • Syarat Umum

- Warganegara Malaysia
– Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat
– Belum mempunyai Ijazah Pertama
– Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar bukan merupakan peminjam/penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/biasiswa kerajaan
– Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenaraihitamkan dalam mana-mana skim pinjaman kerajaan
– Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan
– Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa
– Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan.
– Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja

  • Syarat Khusus

- Telah menyempurnakan pengajian tahun pertama di luar negara
– Tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek pada tahun pertama
– Telah diterima masuk ke tahun dua pengajian di luar negara
– Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 atau setaraf bagi peperiksaan tahun pertama di luar negara
– Mengemukakan keputusan peperiksaan tahun pertama semasa permohonan dikemukakan ke JPA

Dokumen-dokumen yang diperlukan

Slip pengesahan penerimaan online
Salinan kad pengenalan pemohon,ibubapa/penjaga & adik beradik
Salinan surat beranak pemohon,ibubapa/penjaga & adik beradik
Salinan passport pemohon
Salinan surat tawaran kemasukan ke university
Surat menyatakan maklumat kos yuran pengajian sepanjang pengajian
Salinan Sijil SPM/Sijil STPM/Matrikulasi/Diploma/A-Level
Salinan NOC (Non-Objection Certificate) dari KPT Malaysia
Salinan keputusan peperiksaan sekarang & tahun sebelumnya
Salinan slip gaji/penyata pencen ibubapa/penjaga
Salinan kad pencen ibubapa/penjaga
Salinan borang EA (Swasta) dan boring EC (Kerajaan) ibubapa/penjaga yang terkini & 2 tahun sebelumnya
Salinan bukti bagaimana pemohon boleh menanggung kos sara hidup dan lain-lain kos semasa mengikuti pengajian di luar negara. Cth: Salinan buku bank/lain lain

Tempoh proses permohonan
Selama 40hari bekerja dari tarikh tutup permohonan & permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.

Keputusan permohonan
Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di portal JPA selepas tempoh memproses permohonan selesai.

YAYASAN NEGERI

  • YAYASAN TERENGGANU

Tarikh permohonan dibuka:
Sila rujuk laman web Yayasan Terengganu.

Tarikh permohonan ditutup:
Sila rujuk laman web Yayasan Terengganu.

Jenis Pinjaman
Pinjaman atau Biasiswa.

Cara memohon
Sila rujuk laman web Yayasan Terengganu.

Syarat memohon
1. Mestilah terdiri daripada anak-anak Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Terengganu Darul Iman.
2. Pemohon atau ibubapa yang bukan rakyat Terengganu Darul Iman tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun boleh juga memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.

Laman Web Yayasan Terengganu :  http://ytrg.terengganu.gov.my

  • YAYASAN PAHANG

Tarikh permohonan dibuka:
Mei atau November atau pada masa yang bersesuaian.

Tarikh permohonan ditutup:
Sila rujuk laman web Yayasan Pahang.

Jenis Pinjaman
Pinjaman atau Biasiswa.

Cara memohon
Sila rujuk laman web Yayasan Pahang.

Syarat memohon
Pinjaman
– Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan November atau pada bila-bila masa yang bersesuaian.

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang
– Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
– Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara hingga ke peringkat pengajian tertinggi.
– Biasiswa berprestij ini ditawarkan oleh Yayasan Pahang selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan sumber manusia.

Kelayakan Memohon
Pinjaman
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :
– Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
– Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
– Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
4. Telah mendapat tempat/tawaran belajar di IPT.

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :
– Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.
3. Lulus di peringkat berikut :-
– Calon SPM – 9A ke atas
– Calon STPM – 4 Prinsipal A
4. Memilih bidang selektif dan kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi, sains nuklear dan lain-lain (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
5. Mempunyai rekod sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Laman Web Yayasan Pahang : http://www.yp.org.my

  • YAYASAN JOHOR

Tarikh permohonan dibuka:
Dibuka sepanjang tahun

Tarikh permohonan ditutup:
Akhir Februari & Akhir Julai

Jenis Pinjaman
Pinjaman atau Biasiswa

Cara memohon
1. Mengisi borang permohonan Pinjaman Pelajaran dengan lengkap.
2. Dokumen sokongan (salinan).
3. Kad Pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil peperiksaan, surat tawaran kemasukan dan sijil- sijil yang berkaitan (semua salinan hendaklah disahkan).
4. Tawaran dibuka sepanjang tahun.
5. Tawaran ditutup akhir Febuari dan akhir Julai setiap tahun.
6. Sumber borang di Yayasan Pelajaran Johor atau Institusi Pengajian Tinggi (Borang dikenakan bayaran RM1 senaskah).

Syarat memohon
1. Dilahirkan di Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor.
2. Jika di IPTS – kursus diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN).
3. Pemohon telah mendapat tawaran pengajian atau sedang menuntut di Universiti atau Institusi.
4. Permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan berdasarkan kepada kriteria – Akademik, Sosio ekonomi dan Kursus.

Surat Perjanjian
1. Perlu diisi 4 salinan.
2. Penjamin 2 orang sebaik-baik di kalangan ahli keluarga.
3. Perlu dimatikan setem hasil di Pejabat Hasil Dalam Negeri setiap naskah bernilai RM10.
4. Perlu dikembalikan ke YPJ dalam tempoh 3 minggu berserta salinan-salinan borang yang berkaitan (borang maklumat penjamin & borang alamat terkini).

Laman Web Yayasan Johor : http://www.johordt.gov.my/ypj/

  • YAYASAN KEDAH

Tarikh permohonan dibuka:
28 Februari atau pada bila bila masa mengikut kesesuaian

Tarikh permohonan ditutup:
31 Mac atau pada bila bila masa mengikut kesesuaian

Jenis Pinjaman
Pinjaman atau Biasiswa.

Cara memohon
1. Borang permohonan Pinjaman dan Biasiswa Pendidikan boleh didapati di pejabat YIKED sama ada datang sendiri atau membuat permohonan melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 25sm x 33sm berserta setem RM0.50 ke alamat YIKED.
2. Sila lengkapkan borang berkenaan dengan menyertakan salinan sijil-sijil persekolahan berserta dokumen kelahiran pelajar dan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan kedua ibu bapa yang telah disahkan
Borang yang lengkap bolehlah dihantar kepada YIKED sebelum 31 Mac 2010 di alamat

Yayasan Islam Negeri Kedah,
No.56A, Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Setar.
U.P. Encik Fakhrul Razi B Mihat / Puan Suria Bt Mat Noor

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga. Untuk pertayaan sila hubungi 04-7302 703

Syarat memohon
1. Anak negeri Kedah Darul Aman
2. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman.
3. Pemohon dan keluarga telah bermastautin di Negeri Kedah Darul Aman

Laman Web Yayasan Kedah : http://www.yiked.gov.my/

  • YAYASAN SABAH

Laman Web Yayasan Sabah
http://www.ysnet.org.my/

  • YAYASAN SARAWAK

Laman Web Yayasan Sarawak
http://yayasansarawak.org.my

  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Laman Web Yayasan Wilayah Persekutuan
http://www.yayasanwp.org/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=66

  • YAYASAN MELAKA

Laman Web Yayasan Melaka
http://www.yayasanmelaka.gov.my/web2011/mainpage.html

  • YAYASAN NEGERI SEMBILAN

Laman Web Yayasan Negeri Sembilan
http://www.yns.gov.my/v6/

  • YAYASAN PERAK

Laman Web Yayasan Perak
http://www.yayasanperak.com.my/

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________

Untuk mencetak post ini, klik pada pautan berikut : cetak post

Anda juga boleh memuat turun file ini.

16 Comments

  1. saya nak tanya,kalau pelajar yang telah mendapat bantuan pendidikan untuk ijazah sebanyak RM2500,adakah mereka akan mendapat bantuan tersebut untuk kali kedua?

  2. nurul nadiah says:

    saya nak tanya..saya da mohon ptptn dan da diluluskan..boleh tak saya mohon zakat negeri johor?

    • intan zarina zawawi says:

      ernnie marlyana:
      utk pelajar yang telah mendapat bantuan pendidikan untuk ijazah sebanyak RM2500 tu kena tahu bantuan yang pelajar tersebut dapat drpd mana/siapa? mungkin boleh rujuk semula web yg berkaitan bantuan yang diperolehi tu sama ade bantuan tu diberi hanya pada awal kemasukan pelajar ke universiti atau setiap awal kenaikan tahun krn ade sesetengah bantuan yang diperolehi hanya sekali pd awal kemasukan ke universiti serta ade juga bantuan yang diberikan memerlukan pelajar tersebut mengisi borang baru utk bantuan itu setiap awal tahun..

      nurul nadiah :
      utk ptpn yg nadiah dpt tu hanya utk yuran pembelajaran shj atau skali dengan perbelanjaan harian spjg tahun? utk memohon zakat negeri johor xde masalah,boleh cuba untuk memohon..biasa nya bg pelajar yg dpt tajaan atau pinjaman hanya utk yuran pembelajaran sahaja ,mrk akn apply zakat jg.untuk memohon zakat negeri johor boley rujuk mandubah negeri johor..Noor Farihah Binti Mokhtar

  3. assalamulaikum..saya lahir di terengganu..tapi sudah menetap di Johor lebih kurang 17 tahun berturut-turut..kini saya belajar di sebuah ipta di terengganu peringkat ijazah srjana muda..
    saya ada juga dapat pinjaman ptptn sebanyak rm3500 setiap sem..tapi pinjaman tidak mencukupi setelah pembayaran yuran pengajian dan yuran asrama dibuat..bolehkah sy memohon zakat negeri Johor?? bagaimana?

  4. sity aishah says:

    salam.. nak tnye, untuk dpatkn zakat dri negeri trgganu mcm mne yew..blh jelaskn cara-cara nya..tq

  5. Assalamualaikum. saya nak tanya, kalau lepasan STPM 2013, syaratnya sama dan adakah pilihan universiti mempengaruhi?

    Terima kasih.

    • ahmad syahmi says:

      waalaikumsalam, ya syaratnya sama dan untuk universiti tu maksudnya bagaimana? mempengaruhi permohonan keputusan? untuk pengetahuan, antara syarat khusus permohonan jpa ialah permohonan hanya boleh dibuat selepas setahun menjalani pengajian di luar negara. jadi jika soalan saudari tu mengenai pemilihan universiti sebelum belajar tidak membolehkan permohonan jpa ini dilakukan dan jika mengenai pemilihan universiti setelah belajar disitu, rasanya tidak mempengaruhi. pihak jpa lebih melihatkan prestasi akedemik pemohon berbanding universiti. semoga membantu.

  6. assalam.. mcm mna pla kalo dalam tmpoh pgajian ,, dpt bwah dr 2.00 pointer,, ptptn d sekat.. ble ke dpt balik duet pnjaman penuh,,, pada akhir thn(last sem)… ke apa yg da ada e2 je yg kna byr nt????

  7. assalam…nak tanya,seperti yg dinyatakan diatas jika sudah berjaya mendapat tajaan jpa,adakah jumlah tajaan yg jpa akan beri sebnyak rm 250 000? dan berapakah jumlah yg diberikan utk setiap tahun?

    • ahmad syahmi says:

      wsalam.. untuk tajaan jpa di mesir, jpa akan memberikan 30 ribu setahun dan kebiasaannya pelajar akan mendapat tajaan keseluruhan sebanyak 150 ribu

  8. salam.. kptusan ipta bagi lepasan stpm2012 tak lama lg kuar.. cmna saya nak mohon zakat sabah ek?

  9. intan zarina zawawi says:

    waalaikumussalam,
    saudari hana,untuk makluman saudari..bagi pemohon yang hendak memohon zakat dari badan anak negeri Sabah saudari boleh berurusan terus dengan badan zakat itu sendiri,zakat tersebut merupakan zakat danasiswa iaitu zakat yang dapat hanya sekali seumur hidup.

    Borang permohonan boleh dimuat turun secara online di link di bawah:

    http://www.zakat.sabah.gov.my/muat%20turun/Bor
    ang%20Pendidikan%20Muallaf.pdf

    Borang yang telah diisi beserta dengan dokumen
    sokongan hendaklah dihantar ke pejabat MUIS yang
    terdekat atau terus ke alamat PUSAT ZAKAT
    SABAH (MUIS),TINGKAT 1, BLOK A & B,
    WISMA MUIS, PETI SURAT 11666, 88818 KOTA
    KINABALU, SABAH.
    Sebarang pertanyaan lanjut saudari hana boleh merujuk kepada Pusat Zakat Sabah (MUIS) di talian 088-267090 atau 088-246171

  10. Salam, nak tanya bagaimana nak isi ruangan keputusan peperiksaan? Dia bagi beberapa option:
    1. CGPA / 4.0
    2. CGPA / 4.5
    3. CGPA / 5.0
    4. MATA
    5. GRED (HURUF)
    6. GRED (NOMBOR)
    7. LAIN-LAIN
    8. PANGKAT
    9. PERATUSAN %

    Yang mana nak pilih?
    Dan jika Universiti saya tak guna sistem pengajian bersemester, apa yang nak pilih dekat ruangan yang dia bagi? Dia suruh isi tahun, semester dan kemudian ada ruangan untuk tulis keputusan (jayyid, jayyid jiddan, mumtaz)

    Terima kasih.

  11. Waalaikumussalam..
    kami kurang pasti mengenai tawaran zakat dari MUIS. Mungkin encik boleh berurusan terus dengan pihak MUIS.Terima kasih .

Tinggalkan komen anda