[P.PINANG] – Makluman Kepada Yang Belum Menerima Bantuan Pusat Urus Zakat (PUZ)

18 July 2011 6:03 AM 0 comments

Kaherah, 15 Julai – Makluman kepada semua pelajar Pulau Pinang sama ada ahli mahupun bukan ahli BKPPPM yang masih belum mendapat bantuan duit tiket penerbangan ke Mesir sempena revolusi Mesirdaripada pihak Pusat Urus Zakat(PUZ) Pulau Pinang sebanyak RM1000 dan duit poket sebanyak RM1500, anda boleh membuat permohonan tersebut dengan menghantar butir maklumat peribadi kepada emel bkpppm_penang@yahoo.com. Butir maklumat peribadi yang diperlukan adalah seperti berikut:

1) Nama Penuh pemohon, ayah dan ibu

2) Alamat rumah

3) No kad pengenalan pemohon , ayah dan ibu

4) No telefon Malaysia(rumah & handset) dan no telefon di Mesir

5) Maklumat pengajian terkini

6) Maklumat tajaan

7) No keahlian BKPPPM (Sekiranya ahli)

8)Cawangan

9) Jenis permohonan: duit tiket/ duit poket

Kepada pelajar yang belum menjadi ahli BKPPPM, anda diminta mengambil borang ahli di pejabat BKPPPM melalui Setiausaha Agung BKPPPM saudara Mohd Zahid bin Ismail di talian 0116945627. Setiap permohonan yang tidak melengkapi butir maklumat yang diminta, tidak akan diproses dan tarikh tutup permohonan ini pada hari Rabu, 20 Julai 2011. Permohonan tidak akan dilayan selepas tarikh tersebut.

Diingatkan juga kepada pelajar yang sudah mendapat bantuan tersebut dari negeri yang lain, anda tidak layak untuk membuat permohonan ini. Mohon dihebahkan makluman ini kepada pelajar-pelajar Pulau Pinang yang lain.Syukran.

Sumber: Portal Rasmi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir

Leave a reply

required

required

optional