Aduan Masalah Fail & Yuran Pengajian

Bismillahirrahmaanirraheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam imtihan diucapkan kepada semua ahli PERUBATAN! Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT.

Hadirnya musim peperiksaan akhir tahun, terutamanya setahun belakangan ini, pelbagai masalah dihadapi sebilangan pelajarPerubatan, Pergigian mahupun Farmasi di Mesir ini.

Antara masalah besar yang dihadapi adalah masalah fail (malaf) dan bayaran yuran. Masalah ini dipandang serius oleh PERUBATAN selaku persatuan kebajikan yang menaungi pelajar-pelajar jurusan perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir.

Oleh itu, bagi mereka yang masih mempunyai masalah fail dan yuran yang belum selesai atau urusan tertangguh, pihak PERUBATAN menyeru agar anda adukan masalah tersebut kepada wakil-wakil PERUBATAN yang bertanggungjawab secepat mungkin, iaitu;

KAHERAH

Ketua Biro Akademik
Wan Ahmad Hafizi Bin Wan Ahmad Junaidi
(0116531101)

atau

Presiden PERUBATAN
Syafiq Bin Hamdani
(0140839115)

Zagazig, Tanta, Mansurah, dan Iskandariah

Terus hubungi Pengerusi Cawangan masing-masing.


Sekali lagi, PERUBATAN berharap agar semua ahli PERUBATAN mengambil cakna terhadap urusan kenaikan nama, fail, dan yuran anda, dan juga sahabat anda. Implikasi daripada urusan fail dan pembayaran yuran yang belum selesai adalah, akan berlaku masalah-masalah dari pihak pengurusan Universiti seperti tidak boleh menduduki peperiksaan, keputusan peperiksaan ditahan, dan sebagainya. Maka bagi mengelakkan masalah tersebut berlaku, kerjasama anda semua amatlah diharapkan.

Buat akhirnya, semoga kita semua berjaya bersama-sama dalam peperiksaan yang mendatang ini, insyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati,

At-Taqwa As-Syifa Ar-Rahmah,

Ahmad Ibrahim Bin Yahaya
Timbalan Presiden 1
PERUBATAN Sesi 2011/2012

Tinggalkan komen anda